Friday, May 18, 2007

Kg. Terian Penampang










Kampung Terian adalah salah satu kampung yang terletak di sekitar Taman Banjaran Crocker. kampung ini masih diliputi dengan hutan yang hijau dan sungai yang belum tercemar. di kampung ini mempunyai bekalan elektrik melalui Mkro Hidro yang telah dibina atas usaha PACOS bersama komuniti kampung dan juga penderma dari USA iaitu Greenville Foundation serta kerjasama daripada The Borneo Project dan Green Empowerment yang semuanyan berpusat di Amerika Syarikat.


untuk pergi ke kampung ini, kita kena jalan kaki selama 6 hingga 8 jam untuk sampai ke Kampung Terian. tetapi dalam perjalanan itu, anda akan melihat pemandangan yang indah, dengan bunyi burung yang merdu dan hutan yang masih hijau dan belum dibalak. Walaupun kita perlu berjalan kaki untuk sampai ke destinasi tetapi Kg. Terian menjanjikan perjalanan yang cukup menyeronokkan terutama kepada pelawat yang suka akan pemandangan hutan semulajadi yang indah.





Kampung di sekitar Banjaran Crocker adalah salah satu perkampungan yang sangat indah.

dengan sungainya yang jernih, hutan yang masih sempurna dan keramahn penduduk kampung menggamit pelancong melawat kekampung ini. anda boleh melawat di kampung ini dan melihat keindahanya sendiri